top of page


Laman ini diwujudkan untuk memuatkan semua aktiviti dan informasi berkaitan pasukan badan beruniform yang dianjurkan oleh Unit Kokurikulum JPN Pulau Pinang.

Perkhemahan Kor Kadet Polis Peringkat Kebangsaan 10 hingga 15 Ogos 2015
Pada 10 hingga 15 Ogos 2015, bertempat di Kem PGA Batalion Ke-2, Kulim, Kedah, telah berlangsung perkhemahan Kor Kadet Polis Peringkat Kebangsaan. Kontinjen Kor Kadet Polis Pulau Pinang telah menghantar 36 orang peserta (18 lelaki, 18 perempuan) yang terdiri daripada anggota Kor Kadet Polis sekolah-sekolah seluruh Negeri Pulau Pinang. Antara acara yang telah dipertandingkan ialah kawad kaki, menembak rifel M16, merempuh halangan, jalan lasak dan kebudayaan. Majlis peramian penutupan disempurnakan oleh YDH Dato’ Seri Noor Rashid Ibrahim, Timbalan Ketua Polis Negara.

Summer Camp 17-21 Ogos 2015
Pada 17 – 21 Ogos 2015 bertempat di Kem PGA Ulu Kinta, Ipoh Perak telah berlangsung Summer Camp bagi peserta-peserta Program Remaja Berwawasan (PRB) yang melibatkan hampir 360 orang pelajar dari negeri Pulau Pinang dan WP Kuala Lumpur. Sekolah-sekolah yang terlibat dari Pulau Pinang ialah SMK Jelutong, SMK St. George (M), SMK Datuk Hj. Ahmad Said, SMK Pauh Jaya dan SMK Simpang Empat.
Summer Camp ini merupakan kemuncak aktiviti dalam PRB di mana para peserta dilatih untuk lebih berdisiplin, mendengar arahan, menghormati orang lain disamping diterapkan ilmu-ilmu berguna seperti kawad kaki, kerohanian dan ikhtiar hidup.
Please reload
bottom of page